Assalamualaikum

Buat renungan bersama…………..

Jangan  sengaja  lewatkan  solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan  masuk  ke  bilik  air  tanpa  memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan  dan  minum  dalam bekas  yang pecah atau sumbing. Makruh
kerana ia membahayakan.

Jangan  biarkan  pinggan  mangkuk  yang  telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan   tidur   selepas   solat   Subuh,  nanti
rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pint berkat).

jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan  keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan  pakai  sepatu  atau  selipar yang
berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh  taubat  bila  berbuat dosa  kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan  ego untuk  meminta  maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan  mengumpat  sesama  rakan taulan.  Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan  bakhil untuk bersedekah.  Sedekah  itu  memanjangkan  umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan  biasakan  berbohong,  kerana  ia  adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada
kita.

Jangan  suka  menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu  susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih
utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.  Jangan
mempertikaikan kenapa  ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya
untuk keselamatan  kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wasalam

**Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau
menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum.
Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila
dibelanjakan.**

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: