Wajah bercahaya dengan berselawat

24/11/2009

Pada suatu hari, Abul Laits As Samarqandi
sedang dalam perjalanan bermusafir bersama-sama
ayahnya. Tiba-tiba dengan takdir Allah, ayahnya

jatuh sakit. Semakin hari sakit ayahnya semakin
melarat sehingga meninggal dunia.

Tinggallah Abul Laits sendirian untuk meneruskan
perjalanannya. Dia menunggu-nunggu jika muncul
rombongan kafilah untuk meminta pertolongan
menguruskan jenazah ayahnya itu.

Ketika menunggu, dia terlihat jenazah ayahnya
bertukar menjadi hitam pekat. Dia tertanya-tanya
mengapa wajah ayahnya berubah. Abul Lait kemudian
tertidur kerana terlalu keletihan. Ketika itulah
dia bermimpi seorang pemuda yang bercahaya
wajahnya.

“Siapakah saudara?” Tanya Abul Laits.

“Saya ialah Muhamad bin Abdullah.” Mengertilah
Abul Laits yang hadir dalam mimpinya itu ialah
Rasulullah SAW. Hatinya sungguh gembira.”Ya
Rasulullah, apakah maksud dan tujuan kedatangan
tuan ini?” “Saya datang kerana hendak menziarahi
jenazah ayahandamu.”

Setelah diizinkan, Rasulullah pun membuka kain
yang menutupi mayat ayah Abul Laits. Baginda
kemudian berdoa kepada Allah SWT. Ketika itu juga
Abul Lait melihat wajah ayahnya yang gelap tadi
telah bertukar menjadi bercahaya. “Wahai
Rasulullah, apakah yang menyebabkan wajah ayahku
menjadi hitam?”

“Ayahmu semasa hidup telah berbuat dosa dalam
keadaan orang lain tidak mengetahuinya. Tetapi
pada waktu malam ketika orang lain sedang nyenyak
tidur, dia telah bangun dan merintih kepada
Allah. Dia mengadu kepada Allah akan hal dirinya
yang sering berbuat dosa kerana tidak mampu
melawan hawa nafsunya. Ayahmu juga sentiasa basah
lidahnya dengan berselawat untuk saya. Oleh sebab
itu, pada hari kematiannya Allah memerintahkan
saya untuk menziarahi mayatnya.”

Begitulah kisah yang dapat dipaparkan buat kali
ini. Manusia memang selalu berbuat kesalahan
kerana tidak mampu melawan hawa nafsu. Namun
begitu, apa yang penting ialah kesedaran dan
keinsafan perlu sentiasa ada dalam diri kita.
Kemudian kita bersungguh-sungguh mengadu dan
memohon keampunan terhadap dosa-dosa yang
dilakukan. Semoga dengan rahmat Allah yang maha
luas itu, Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang
sentiasa bertaubat daripada dosa samalah seperti
orang yang tiada dosa. Namun begitu, bertaubat
hendaklah dengan sebenar-benarnya daripada hati
yang tidak ingin lagi mengulangi dosa-dosa yang
pernah dilakukan.

Iktibar daripada kisah ini juga menunjukkan
betapa besarnya fadilat berselawat.

Terdapat banyak kelebihan berselawat antaranya
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Orang yang
paling utama bagiku di hari kiamat ialah orang
yang paling banyak berselawat untukku.
Barangsiapa yang membaca selawat 100 kali untukku
pada hari Jumaat, kelak pada hari kiamat dia
datang dengan wajah bersinar-sinar. Sekiranya
sinar itu dibahagi-bahagikan kepada semua
makhluk, nescaya mencukupi.”

Advertisements

4 Golongan Lelaki Ahli Neraka

24/11/2009

Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke
neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada
wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia
seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan
turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
Ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja
Dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan
adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg
Haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata &
Sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.
Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia
Malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-
“HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU…”

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.


10 laluan yang selamat

24/11/2009

“10 LALUAN yang bakal di lalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat, bagaimana memudahkannya?

1. Laluan Menuju ke Kubur
* Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
* Hindarkan perasaan irihati (benci)
* Jangan teroengaruh dengan emas/ perak
* Sucikan qada’ hajat dengan istibra (berak/ kencing)

2. Laluan untuk Berjumpa Izrail
* Bersihkan diri dengan bertaubat
* Gembirakan hati orang mukmin
* Bayar semula qada’ yang tertinggal
* Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala

3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir
* Mengucap dua kalimah syahadah
* Suka memberi sedekah
* Berkata benar
* Bersihkan dan perbaiki hati

4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dengan yang sedikit
* Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah

5. Laluan Memantapkan Amalan
* Jauhkan perkataan yang sia-sia
* Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji-pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan akhirat

6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim
* Kasihilah ailia’ Allah Taala
* Berbaktilah kepada kedua ibubapa
* Berpegang teguh dengan hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka
* Banyakkan membaca al-Quran
* Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
* Tinggalkan perkara maksiat
* Jauhkan segala yang haram

8. Laluan untuk Memasuki Syurga
* Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah
* Merendahkah dri di antara semua makhluk Allah

9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW
* Kasihilah Nabi Allah
* Kasihilah Rasulullah SAW
* Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah
* Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW

10. Laluan untuk Bertemu Allah
* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
* Betulkan dan baikkan i’tiqad kepada Allah
* Bencikan segala yang diharamkan-Nya


Menyingkap Rahsia Lelaki

24/11/2009

nik_azali writes “Kenalilah warna-warna kegemaran lelaki anda. Dengan mengenali warna kegemaran mereka, anda akan lebih memahami mereka. Anda akan lebih disayangi lantaran anda mengetahui sikap-sikap mereka yang tersembunyi.

Jika dia menggemari warna UNGU, ketahuilah bahawa dia seorang yang suka memburu kejayaan & amat positif dalam pemikiran. Usah berkecil hati sangat dengan sikapnya yang kadang-kadang seperti mementingkan diri sendiri. Sebenarnya dia serabut untuk membina langkah-langkah kejayaan. Fahami dia.

Jika dia menggemari BIRU TUA, dia seorang yang rajin & amat berdedikasi. Mungkin anda akan rasa terabai tapi disitulah letaknya titik kejayaannya.

Jika dia menggemari warna MERAH, dia seorang yang berani, bersemangat & tiada istilah gagal di hatinya.

HIJAU pula bermakna dia serang yang tenang tak banyak karenah tetapi cemburu, romantik & baik hati orangnya.

OREN pula bermakna dia seorang yang komited dengan usaha yang dipertanggungjawabkan.

KUNING melambangkan dia seorang yang ceria, baik sangka & tak suka gaduh.

Jika dia minta warna HITAM, dia seorang yang protokol tetapi emosional serta mudah berasa hiba.

PUTIH pula melambangkan dia seorang yang amanah.

COKLAT menunjukkan dia seorang yang matang & bertanggungjawab.

Tetapi AWAS!!! jika dia menggemari warna PINK dia mungkin seorang yang bersyahwat tinggi.

Untuk membaca lebih tazkirah, sila klik link disebelah..Terdapat banyak lagi tazkirah-tazkirah yang perlu korang baca…Moga-moga anda diberkati oleh Nya..