Sabun Anti Resdung

30/11/2009

sabun-anti-resdung1

Dirumus khas dengan ramuan herba HPA, Coscinium Plus yang terkenal untuk mengubati resdung dan alahan. Gunakan Sabun Anti Resdung HPA setiap hari bersama Masker Anti Resdung HPA 1-2 kali seminggu. Tanpa pewarna, tanpa pewangi.

Kandungan: Gliserin tumbuhan, Coscinium.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 10
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 8
Sabah & Sarawak: RM

Written by duniaherbahpa on Sep 29th, 2009 | Filed under: Produk Kegunaan Harian

Advertisements

Ubat Gigi Miswak HPA

30/11/2009

Ubat Gigi Miswak

Ubat Gigi Miswak dengan ekstrak semulajadi kayu sugi dan berkesan dalam memberikan anda keyakinan serta penjagaan mulut yang optimum. Seiring dengan kehendak Syarak, formula semulajadinya:

  • Membersih dengan berkesan untuk memutihkan gigi
  • Mencegah kerosakan gigi
  • Melindungi gigi daripada kaviti
  • Mencegah plak gigi
  • Menyegarkan nafas

Pembetulan ejaan pada kotak ubat gigi Miswak HPA:

pembetulan-miswak-hpa

Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM5.00
Sabah & Sarawak : RM7.00

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM4.00
Sabah & Sarawak : RM6.00


Serba Sedikit Tentang HPA

30/11/2009

Masih ingat iklan kopi radix mai secawan di TV3 ?
Jika nak tengok balik iklan tu, boleh ke:

–> http://www.youtube.com/watch?v=SwKR8kLm6tY

Iklan tu memberi impak besar dalam memperkenalkan
HPA kepada masyarakat terutamanya kopi radix.
Alhamdulillah, kopi radix masih laris sampai sekarang
hingga dah ada kes kopi radix di cetak rompak oleh
mereka yang tak bertanggungjawab.

HPA telah diasaskan oleh  Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad
yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan
September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu
dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida.
Ada masa boleh ke blog beliau di:

–> http://jawiherbshop.blogspot.com/

Pada masa tu fokus adalah lebih kepada ubat herba
kerana tuan haji pun memang merupakan pakar
dalam herba.

Sekarang HPA telah melebarkan sayap perniagaan
bukan sahaja kepada ubat herba tapi juga telah
mengeluarkan produk halal alternatif kepada muslim
seperti ayam organik, ais krim, lampin bayi dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai HPA, boleh ke:

–> http://www.duniaherba.net/Profail-Syarikat.asp

Saya sendiri berminat dengan HPA kerana perjuangan
HPA dalam menjana ekonomi ummah serta usaha HPA
mengeluarkan produk halal organik sebagai alternatif
kepada produk di pasaran yang sesetengahnya dikeluarkan
oleh orang bukan Islam seperti ais krim, cola, lampin bayi,
kosmetik dan lain-lain.


Masker Anti Resdung

30/11/2009

masker-anti-resdung

Masker terapi resdung dengan Coscinium Blumeanum (Root) membantu mengurangkan alahan resdung pada wajah. Amalkan pemakaian masker 1-2 kali seminggu untuk kesan yang optimum.

Cara penggunaan:

Lekapkan masker pada wajah yang bersih selama 30 minit. Tidak perlu bilas.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 8
Sabah & Sarawak: RM10

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 6
Sabah & Sarawak: RM 8


Aiskrim Toyyibah HPA

30/11/2009

aiskrim-toyyibah-15l

Klik pada gambar untuk besarkan saiz

ais

Ulasan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkenaan Aiskrim Toyyibah

Ais Krim Toiyibah

Telah mula beredar dipasaran. Beberapa buah cawangan telah membuat persediaan untuk pembelian Freezer. Selain daripada makan bersama pisang, aiskrim tersebut juga boleh ditaburi dengan badam atau kismis . Teksturnya yang halus memberikan sedikit perbezaan antara aiskrim toiyibah dengan aiskrim yang lain. Perasa kopi radix mengandungi 7 herba dan disediakan sedikit pahit bagi tujuan kesihatan. Diluar negara mereka lebih suka aiskrim yang agak pahit dibandingkan dengan yang manis.

 

Ucapan PU semasa Perlancaran Ais Krim Toiyibah
Kita mengharapkan peniagaan aiskrim akan menjadi satu peluang lagi pada ahli-ahli untuk berniaga produk halal.Walaupun perniagaan aiskrim nampak seperti peniagaan anak-anak namun disegi pemasarannya peniagaan ini juga menguasai market jutaan ringgit. Amin.

Radix Cola

30/11/2009

radixcola.jpg

Radix Cola adalah minuman ringan yang dapat memberikan kesegaran dan keseronokan untuk dinikmati. Sesuai untuk dihidangkan dalam pelbagai majlis dan suasana. Sinergi khas herba dalam minuman ini menjadikannya istimewa dan berbeza dengan pesaingnya dan rasa cola yang sebenar. Kehadiran minuman ringan ini diharap dapat memberikan alternatif kepada para penggemar minuman berkarbonat untuk memilih kehidupan yang lebih sihat dan pilihan anda adalah pilihan dunia. Radix Cola yang memberi tenaga, berkhasiat dan yang penting halal lagi baik. Radix Cola muncul dengan TEKANAN GAS sederhana serta kandungan gula yang jauh lebih rendah daripada minuman berkarbonat yang ada di pasaran dan sesuai untuk semua lapisan umur.

Fakta Nutrisi Radix Cola:

fakta-radix-cola.png

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 3.50
Sabah & Sarawak: RM 3.80

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 3.30
Sabah & Sarawak: RM 3.50


Kopi Radix

30/11/2009

kopiradix-front-web-copy.png

Khasiat Kopi Radix:

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas

Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
6. Halban (IMUNITI).
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).

1. Kotak kecil: 15 paket

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM19

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 13
Sabah & Sarawak: RM 16

Nilai Mata (NM): 5

2. Kotak Jumbo: 32 paket

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 32
Sabah & Sarawak: RM 38

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 26
Sabah & Sarawak: RM 32

Nilai Mata (NM): 10

3. Kopi berbentuk papan: 20 paket

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 21
Sabah & Sarawak: RM 23

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 19

Nilai Mata (NM): 6